Alhamdulillah kita telah dilahirkan sebagai seorang Islam dan kita patut bersyukur kerana nikmat ini. Sesungguhnya amatlah kasihan bagi orang yang dilahirkan bukan Islam dan tidak mendapat hidayah daripada Allah s.w.t untuk memeluk Islam kerana mereka tidak akan mendapat menghidu bau syurga walau sedikitpun.
Bagi umat Islam, walaupun mereka telah melakukan banyak dosa, mereka masih lagi akan diterima oleh Allah dan dikurniakan kesenangan Syurga di akhirat kelak. Ia cuma bergantung pada amalan mereke samada akan membawa mereka terus ke syurga atau dicampakkan ke neraka terlebih dahulu. Tetapi selagi mereka masih Islam, mereka masih dapat menikmati nikmat syurga ini.
Malangnya, terdapat orang Islam yang tidak tahu bersyukur dan telah murtad, astaghfirullah. Mereka yang murtad ini sesungguhnya tidak akan dapat lagi menikmati nikmat syurga kerana mereka bukan lagi orang Islam, selain mereka kembali dan bertaubat (sekiranya diterima Allah, sesungguhnya Allah itu maha pengampun).
Menyentuh tentang murtad, terdapat sesetengah perbuatan yang dapat mengakibatkan murtad dan salah satunya ialah meninggalkan solat Jumaat lebih dari 3 kalo berturut-turut.
Daripada malik bin Safwan berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali tanpa sebarang keuzuran dan tanpa sebarang alasan yang kukuh maka Allah s.w.t menutup pintu hatinyaĆ¢"�. (Imam Malik,jld:1,hlm:334, no.hadis:227).
Dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Barang siapa meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tiga dengan sengaja kerana malas menunaikannya lalu Allah s.w.t akan menutup pintu hatinya." (al-Tirmizi, jld:3, hlm:327, no.hadis:460, Ibn Majah, jld:3, hlm:440, no.hadis: 1115).
Berdasarkan kepada nas-nas di atas jelas bahawa Allah s.w.t. memfardukan solat Jumaat ke atas setiap muslimin supaya menunaikannya. Meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tanpa sebarang sebab adalah berdosa besar.
Sekiranya seseorang itu meninggalkannya dengan sengaja kerana malas maka dihukum sebagai fasik. Sekiranya dia mengingkari kefarduan Jumaat yang sudah dimaklumi umum maka dia dihukum terkeluar daripada Islam.
Jadi, tanyalah pada diri kamu, apakah yang membezakan kamu dan orang bukan Islam, dan Islam lagikah kamu?
Wallahua'lam
0 Feedbacks:
Post a Comment